Seekor murai yang segar bugar tersalah masuk ke dalam rumah. Ia berpusing-pusing terbang mencari jalan keluar. Tingkap dan pintu utama semuanya di buka bagi memudahkannya keluar.
Saya tidak teringat/terfikir untuk memadamkan kipas di ruang tamu. Dan itulah penyebab kematian murai tersebut.
Roza mengangkat Murai tersebut. Matanya terbeliak. Barangkali, masih ada sedikit nyawa. Nyawa-nyawa ikan.
“Yang, burung ini terlanggar kipas,” kata Roza sambil menyerahkan burung tersebut kepada saya.
Saya membaca surah al-ikhlas beberapa kali. Akhirnya, saya tutup kelopak mata Murai tersebut. Dan ia tertutup!
Lalu saya kebumikan di halaman rumah di bawah pohon-pohon pisang hutan.
“Kenapa ayah tanam burung yang sudah mati,” Sofea bertanya. Entah, saya terfikir begitu. Barangkali hati saya sememangnya menjadi lembut dengan setiap kejadian yang membawa kepada kisah kematian.
Bila pula sampai masa kita?
Sihat, segar-bugar dan tiba-tiba kita dijemput pergi.
Ada lebih 50 ekor murai dan pipit yang berkunjung ke rumah saya setiap pagi. Mereka menunggu-nunggu saya menaburkan makanan sebelum terbit matahari.
Cuma, saya harap mereka tahu yang kami sekeluarga akan menyambut hari raya idil fitri. Tiada siapa yang akan memberi mereka makan di Ar-Raudhah!
Carilah….
Semasa saya berusia lebih kurang 10 tahun, saya dan sepupu ada terjumpa seekor gagak yang mati. Kami pun tak faham apa2 masa tu, tapi kami tanam juga gagak tu dengan timbunan batu. Nak korek tanah takde alatan yang sesuai. Masa tu kami sedih sangat walau ia hanya seekor gagak hitam..
Kadang2 kanak2 lebih memahami erti mati berbanding orang dewasa…
Salam Prof,
… mengingati kematian itu adalah ciri utama dalam mengukur kebijaksanaan orang yang bijak!
Masih ingat lagi, ketika anak2 masih kecil (tadika /sekolah rendah) membacakan al-fatihah setiap petang beberapa ketika… di kubur kucing kesayangan mereka (mati digilis kereta di hadapan rumah)!
Kita akan menyusul….
Allah akan bagi mereka makan…
balik raya empat hari, makanan kucing yang lapan ekor dirumah mula menggangu fikiran…………muga ada rezkinya amin.
A’kum Prof,
Ikan dalam akuarium sudah dibelikan bekalannya selama 2minggu apabila kami balik kampung. Canggih teknologi sekarang, sudah ada pakej makanan siap-siap bila tiada orang di rumah.Tiadakah cara untuk pipit dan murai itu? Mesti mereka merindui Prof sekeluarga.
Terima kasih.
kami juga memikirkan bagaimana nak balik kampung….kucing kat rumah hampir 15 ekor siapa yang beri makan? dah la manja