Ramai orang menyangka apa yang diperolehinya adalah kepunyaan mereka yang mutlak.
Dulu-dulu juga saya menyangka begitu. Kita berjaya dengan cemerlang kerana hasil usaha yang telah kita laksanakan. Berjaya naik pangkat kerana kita memang cekap bekerja. Lulus peperiksaan dengan mendapat A yang berlambak juga kerana kita kuat membaca.
Dalam konteks yang lain, apa yang kita usahakan dengan susah payah maka ia adalah saya punya dan adalah tidak adil untuk berkongsi dengan orang lain. Tidak wajar mereka yang tidak melalui penat lelah tersebut untuk menikmati hasil yang sama dengan kita yang telah berusaha.
Begitulah pandangan biasa.
Ramai terlupa, apa-apa yang diperolehi sebenarnya adalah pertolongan Allah. Senang atau susah, lambat atau bangat, suka atau tidak adalah atas izin Allah.
Jika ada yang memohon perlindungan atas hasil yang diperolehi, fikir-fikirlah sebelum menolak dengan alasan ia saya punya. Sudah banyak kes yang ditarik balik apa yang kita punya hatta makanan yang sudah hampir di bibir juga tidak dapat ditelan.
Salam prof,betul apa yang dikatakan prof, dan masih ramai lagi yang beranggapan begini…Dilla.
Sebenarnya apa yang saya dapat adalah kita punya, mesti bersukur kerana ALLAH salurkan melaluai diri yang punya, Abu Bakar dan para sahabat menyalurkan semua kepada yang lain apa yang dia punya, muga sifat kikir Allah jauhkan dari diri kita amin……..terima kasih diatas ingatan PROF.
Salam Prof,
Saya quote balik mutiara hikmah yg saya simpan dari Ustaz Pahrol Juoi, (www.genta-rasa) ketika Motivasi Pagi ikim.fm dulu
“kita kata kita berusaha, tetapi dengan apa? akal, tenaga, idea semua dtg dari Allah. Rezeki bg org islam ialah amanah dr Allah,tapi rezeki bg org kafir ialah milik mutlak mereka. Allah memilih KITA untuk dilimpahi pelbagai nikmat rezeki walaupun kita rasa kita memang BERHAK dapat sebab kita berusaha lebih dari org lain. Tapi hakikat nikmat rezeki itu adalah untuk kita memberi kpd org lain supaya kita berkongsi kerana ada hak org lain di situ. Adilkah kita jika kurang memberi?”
Wallahu’alam…
Salam profesor,
Begitu juga istilah yang seringkali terluncur dari mulut kita yang berbunyi…’kalau tak kerana/sebab aku tadi….dot.dot.dot..’
Assalamualaikum
Cuma jgn ada yang mengambil kesempatan langsung tak mau berusaha, hanya menunggu limpahan rezeki dari mereka yang mampu dan sudi memberi sedangkan
diri masih bertenaga dan sihat wal afiat.
Ada yang betul2 susah memang berhak di bantu, mereka telah berusaha tapi penghasilannya tak seberapa, atau pun mereka berpenyakit, anak2 yatim, ibu tunggal, org2 tua dan sebagainya.
Namun ada yang sepenuhnya minta di ‘sara’ , sedangkan bila dilihat dirinya tak de
apa kekurangan….muda, sehat, bertenaga dan bergaya tapi masih meminta-minta…
Berhak kah golongan ini.
Salam prof,
Jangankan makanan yg dah dekat bibir, yg dah masuk mulut & perutpun boleh termuntah semula.
Anak, isteri/suami juga bukan milik kita. Manusia adalah hamba yg fakir yg tak punya apa2. Semuanya hanya pinjaman semata2 dari Dia.
Salam Prof,
Lama tak tinggal komen di sini. Moga kita semua akan sentiasa ingat kepadaNYA dalam semua benda yang kita lakukan.
semoga sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki
benar prof.
Teringat pula hadis yang pernah saya baca, lebih kurang beginilah maksudnya,
Pada suatu hari Abu Bakar ada bertanya kepada Nabi Muhammad mana harta yang ‘kita punya’. Nabi Muhammad pun menerangkan bahawa harta yang ‘kita punya’ adalah harta yang sudah kita belanjakan (yakni yang bukan kita punya lagi)….
(Mohon dibetulkan jika laporan saya di atas itu tidak tepat….)
Assalamualaikum,
110% setuju.
Jenny
salam prof,
Hari ini saya ditakdirkan berhadapan dgn ujian “aku usaha penat2, maka aku xmahu kongsi”…. ya Allah rasa nak bagi jer hamba Allah ni baca blog prof dan buku PhD kecil tapi sig. tuh….
rasa nak tegur sikap dier tapi terfikir mungkin saya juga ada sifat tuh hingga Allah bagi peringatan mcm tuh untuk saya… astagfirullahhilazim….
Syukur dengan pemberian Allah. Redha dengan ketentuanNYA.