
Mereka yang bertugas
Di dalam beg sandang saya terdapat wang berjumlah RM8000. Itulah jumlah yang kami perolehi bagi membantu keluarga orang asli di sekitar Bekok, Segamat yang telah memeluk Islam. Ia bantuan khas untuk mereka menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Inilah projek kedua PERKIM Segamat selepas projek memberi bantuan kepada anak-anak yatim di sekitar Kg Jawa. Ia tugas yang lebih mudah kerana kami hanya memberi kerjasama kepada Persatuan Wanita UiTM Johor.
Tugas PERKIM cari duit raya dan memberi ceramah.

Tuan Haji Omar, Tuan Haji Jamal dan Dr Dato' Zaini
Saudara baru @ saudara muslim ini masih di peringkat awal pengislaman mereka. Mereka belum pandai solat, masih terdedah dengan kepercayaan lama dan lebih terancam lagi berkemungkinan akan bertukar agama akibat usaha bersungguh-sungguh mubaligh Kristian.
Secara peribadi, inilah peluang kami untuk menyumbang tenaga bagi mendekati mereka secara bersungguh-sungguh. Bagaimanapun saya malu untuk menghebahkan program ini kepada pembaca KRTS yang baru sahaja respon dengan projek terdahulu.
Apa ikhtiar saya?
“Dato, mahukah dato turut serta…..”
“OK… mahu tetapi saya sendiri ingin sampaikan sendiri kepada mereka”.
Ya Allah, mudahnya bantuan Allah. Akhirnya jam 2.45 pagi tadi, Dr Dato’ Zaini dan Tuan Haji Jamal muncul di Segamat. Mereka bertolak selepas solat terawih dari Petaling Jaya. Saya ketawa melihat Dato’ Zaini berbekalkan Nescafe panas, roti dan bubur lambuk.
Mereka fikir Segamat tiada 7-11.
Dan pagi ini, saya bersahor sangat istimewa. Roza melayani tetamu dengan memasak Tom Yam campur, Ketam masam-manis, sotong dan udang celup tepung.
“No ayam… saya tahu Dato’ tidak makan ayam,” saya ketawa kerana mengetahui beliau salah satu Melayu yang mempunyai ladang ternakan ayam terbesar tetapi alergi kepada masakan tersebut.
Saya bawa mereka berqiamullail di Masjid Kg Jawa.
Perjalanan Ar-Raudhah ke perkampungan orang Asli mengambil masa 1 jam 15 minit. 15 minit terakhir, jalannya sangat teruk. Namun ia pengalaman baru buat kami.

Kabin, tempat mereka belajar
Inilah sekolah anak-anak orang asli di sini. Mereka belajar di dalam kabin. Namun ia sangat kondusif kerana setiap kabin dibekalkan dengan penyaman udara. Kami sempat melawat keadaan dalaman sebuah kabin yang nyata sangat menawan untuk belajar bagi kanak-kanak pra-sekolah.
“Prof, ini semua adalah hasil usaha guru-guru saya,” cerita cikgu Rosnah berbangga dengan peralatan yang ada di dalamnya.
Program bermula dengan penyampaian tazkirah oleh Tuan Haji Omar, YDP PERKIM Segamat [penaja]. Beliau berhujah berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang saudara muslim @ baru yang memeluk Islam ketika berusia 17 tahun. Pesan beliau, “jangan bergaduh dengan orang bukan Islam, jangan bergaduh dengan adik-beradik yang bukan Islam. Kalau dulu kita tidak cium tangan mak, bila Islam kita cium tangan dia”
Dalam perjalanan pulang Dato’ Zaini memberi cadangan, “Prof, apa kata kita ajar 2-3 orang di kalangan mereka supaya pandai solat dengan sempurna. Biar mereka sendiri yang menjadi mentor kepada yang lain. Katalah…. 3 bulan lagi, kita uji mereka dan saya bagi insentif kepada mereka yang berjaya”
InsyaAllah, ia sangat menarik untuk dilaksanakan.
Alhamdulillah, saya menemui dimensi baru dalam usaha-usaha dakwah. Doakan kami berjaya!

Bergambar kenangan sebelum pulang
Assalamualaikum
Saya sangat terharu dengan aktiviti2 tuan di bulan yg mulia ini. Moga tuan sekeluarga sentiasa diberkati.Amin’
Drp Mamaju.
Salam,
semoga usaha dakwah diteruskan sehingga menjadikan negeri Johor membangun dengan Islam sepertimana harapan pemimpin Johor yang membina sekolah agama,demi menjaga agama. Tapi, hari ini,seolah sekolah agama tidak mampu memberi tenaga untuk menguatkan rohani rakyat Johor.
Sampaikan salam kasih kami kepada Dato’ Muhd Zaini, terima kasih atas sumbangan bakti beliau. Ya Allah, murahkanlah rezeki mereka yang menyumbang dan bertugas menabur bakti. Sdr Ros Hasri boleh bantu utk jayakan program cadangan Dato’ selanjutnya.. OK tak?
salam,
moga perkongsian prof membangkitkan semangat setiap dalam kalangan kita untuk berlumba2 mengejar kebajikan dan semoga usaha murni prof mendapat perhatian Nya. amin.
Prof, semoga usaha Prof ini menjadi contoh pada kami semua. Kami hanya memberi alasan, Prof melakukannnya !
Cerita yang sungguh bermakna….