
Mereka yang masih belajar
Pagi tadi kami di Bukit Beruang, Melaka.
Rumah yang di wakafkan untuk mengendalikan kuliah belajar al-Quran dan pelbagai majlis ilmu yang lain penuh sesak. Sebahagian mendengar secara berhadapan, manakala sebahagian lagi terpaksa mendengar melalui lintas langsung di ruang sebelah.
Macam-macam usaha ke arah mendekatkan manusia kepada Allah SWT. Saya bahagia menjadi sebahagian daripada usaha-usaha tersebut.
Alhamdulillah.
Salam Prof.
Kelihatan di dalam gambar mereka-mereka yg di usia senja yang hadir.
Di mana perginya golongan muda dan pertengahan? -trend yang sama di kebanyakkan tempat nampaknya…assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera,
Tidak begitu. Inilah kumpulan khusus yang setara dengannya. Mereka belajar bahasa Arab, Al-Quran dan sebagainya….
Alhamdulillah.
Salam,
sebenarnya hampir satu pertiga audience ini terdiri dr orang muda antara 30-45 tahun. Cuma tak masuk dlm gambar. Alhamdulillah ceramah yg sangat bagus dan feedback yg sgt baik dr peserta.
Salam Sejahtera Prof,
Semoga yang belajar bahasa Arab bila tamat belajar (atau pun semasa sedang belajar) hendaknya mereka selalu amalkan bercakap bahasa itu, jika tidak besar kemungkinan lama- kelamaan akan dilupai terus.
Salam Sejahtera Semua….
Saya adalah di antara audience di pagi tersebut,berumur 40 tahun, ikut kiraan matematik, tidak terlalu senja tapi ikut kiraan islam, anytime…Saya bersama suami begitu teruja dengan penyampaian masakini Prof. Suami bukan ulat buku dan bukan pendengar yang setia, namun sejak diberi pinjam buku Travelog Haji oleh kenalan sebelum kami bertolak menunaikan umrah pada bulan April lepas, buku tersebut di baca dan ceramah juga di dengar.Permulaan yang amat baik. Alhamdulillah… Semoga doa saya juga termakbul seperti doa Roza. Wasallam
Salam Sejahtera Semua,
Saya adalah diantara audience pada pagi itu, berumur 40 tahun…ikut matematik, belum senja tapi ikut islam, anytime. Saya dan suami teruja dengan penyampaian masakini Prof. yg mudah diadaptasikan. Suami saya bukan ulat buku dan juga bukan pendengar yang setia tapi sebelum kami menunaikan umrah pada April lepas,kami diberi pinjamkan buku Travelog Haji oleh kenalan akibatnya buku habis dibaca dan ceramah didengar penuh leka, alhamdulillah. Semoga doa saya termakbul seperti doa Roza. Terima kasih.
Banyak hadirin lelaki….