Tan Sri Dato Sri Panglima Tentera Udara (PTU) sendiri turun bersama-sama anak buahnya mendengar saya berceramah di markas TUDM KL.
Beliau sendiri yang memperkenalkan saya. Kemudian, ada pegawai beliau yang bertanya, “sudah berapa lama prof mengenali PTU?”
“Inilah kali pertama saya berjumpa dengan beliau. Namanya saya tahu kerana dijemput hadir ke sini. Barangkali Tan Sri pembaca buku saya”.
Akhirnya pertanyaan tersebut berjawab apabila Tan Sri berkata,
“inilah kali pertama saya berjumpa dengan prof Kamil. Namun saya rasa sudah lama berkenalan dengan beliau.
Bila saya mahu menunaikan fardhu haji, ada orang mencampakkan buku beliau kepada saya dengan berkata, baca buku ini semuanya ada di sini. Mustahil.
Saya sudah baca banyak buku haji, takkanlah ia terkandung dalam satu buku sahaja.
Akhirnya, saya menghabiskan bacaan dalam tiga kali bacaan sahaja. Saya mahu tuan-tuan dan puan-puan mendengar apa yang ingin disampaikan oleh prof!”
Saya teruja. Bukan senang bos tertinggi mahu ikut serta dalam program seumpama ini. Ia memberi impak besar kepada anak-anak buah yang hadir.
Ia sangat penting kepada organisasi. Dan saya fikir Tan Sri PTU sangat-sangat merendah diri. Beliau melayani saya dengan penuh adat-istiadat tentera.
Semoga Allah merahmati hidup beliau, puan sri dan setiap anggota TUDM.



