Madinah sudah mulai sibuk. Di jalan raya sekitar Haram dan di ruang solat. Namun ia masih jauh suasana kesibukan berbanding musim haji.
Kami juga sudah mulai menerima tetamu. Semalam, Tuan Haji Hasnan dan keluarga. Mereka tinggal di Jeddah. Bersama mereka dua anak perempuan yang sedang menuntut di UIA.
Khabarnya cuti semester.
“Haji, mahu berdoa di Raudhah…?,” saya bertanya beliau usai solat subuh. “Inilah ketika yang paling mudah memasuki Raudhah kalau berpandukan pengalaman saya di sini, InsyaAllah”.
Kenapa?
Usai solat subuh orang tidak solat sunat. Jadi mudah untuk kita bergerak. Kedua, mereka yang bertumpu di kawasan Raudhah sejak 3-4 pagi akan memulakan hari baru.
Mereka akan beredar pergi.
Kemudian, Raudhah akan disiap-siapkan untuk menerima kaum wanita. Jadi, ia kelihatan akan ditutup. Hakikatnya ia masih ada 1 jam sebelum ia ditutup sepenuhnya.
Allahu Akbar, Dia izinkan. Tuan Haji Hasnan terus ke saf hadapan ruang wanita. Gembira saya melihat beliau teruja!
Anak Murid
“Terima kasih kerana menjadi anak murid yang baik,” itulah ucapan ringkas saya kepada anak-anak murid yang berkunjung ke rumah di Jabal Ohud.
Saya meraikan 11 pelajar yang baru menamatkan pengajian dengan saya, subjek Financial Accounting. Saya tahu mereka OK dengan saya.
Mereka menangguhkan cuti semata-mata mahu menerima jemputan makan malam yang saya sampaikan kepada mereka. Prinsip saya mudah, “kita sayang orang, orang akan sayang kita”.
Mudah-mudahan hubungan kami berkekalan selamanya!
Tetamu dari Riyadh
Saya tidak kenal prof… akui Maz dari Riyadh.
Namun suami beliau pernah membaca buku Travelog Haji.
Kenal atau tidak ia bukan soal utama tetapi kena habiskan briyani JM yang telah dimasak oleh Roza. Usai makan, saya menyampaikan sedikit tazkirah untuk dijadikan renungan.
Saya mengingatkan diri agar lebih hampir kepadaNya.
Di hujung malam, lega setelah berjaya meraikan 22 tetamu dalam tempoh 22 jam.





Assalamualaikum Prof dan Roza
Saya berharap saudara saya di Jeddah yg berkahwin dgn warga Perancis mendengar dan membaca kisah2 prof.
Indahnya kalau satu hari nanti Prof bawa mereka ke Raudhah.
Terimakasih.
Assalamualaikum Prof dan Roza serta keluarga
Tetamu datang dan pergi membuka pintu rezeki dan mudah mudahan menjadi asbab Allah hindarkan dari musibah……..amin
Assalamualaikum prof sekeluarga moga dlm kasih sayang Allah.
Allah Hu Akhbar, mulianya hati Prof dan Pn Roza melayani tetamu seramai itu dlm masa 22 jam. InsyaAllah, tetamu yg datang menambah barakah hidup P rof sekeluarga…. amin
Salam, doakn saya dijemput qjjl menjadi tetamunya…dan bolih tak
nak jadi tetamu rumahkecil dijabal uhud juga….
Assalamualaikum prof,
Tetamu membawa rahmat,insyaAllah…
Salam,
Semoga Allah makbulkan doa saya untuk bertamu di Jabal Uhud..
Assalamualaikum Prof dan keluarga serta warga KRTS…
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
salam prof.penerbangan saya ke madinah 25 mei. teruja nak salam dengan chef …
Salam Sejahtera Prof,
Ain Maisarah dan Amar keluar dalam TV3 petang tadi .Melalui blog Proflah saya mengenali mereka berdua ini.
Assalamu’alaikum Prof.
Perkongsian yang wajar kita praktikkan. Sayangi orang lain, kerana ALlah swt, agar kita juga disayangi kembali. Sepertimana jika kita mendoakan orang lain, lebih2 lagi tanpa pengetahuannya, kita akan dilimpahi doa berpanjangan.
Wassalam
Salam Prof. Hari ni terharu saya membaca entri ini… semoga sentiasa dalam ahmat Allah, amin.
EST
TERHARU
teringin nak jadi tetamu prof…..