Lagu

Lagu tidak dapat dipisahkan dari anak remaja. Dan Sofea semakin membesar. Sebulan lagi beliau akan berusia 9 tahun. Dan bibirnya seolah-olah menyanyi-nyanyi lagu kesukaannya.

Dan “penyanyinya” adalah idola Sofea. Dia mahu jadi seumpamanya.

Ia mengejutkan saya dan Roza. Klik link di bawah jika sama-sama mahu melagukannya.

Lagu kesukaan Sofea

Pak Sheikh

Bersama Tok Sheikh

Jika diminta izin beliau tidak akan membenarkan kami mengambil gambar. Dr Ibrahim dari Mesir berkata, “Dr duduk di sebelahnya dan saya akan ambil gambar. Jangan khuatir, saya akan bertanggungjawab”.

Pelajar nakal.

Begitulah pelajar tua belajar. Hubungan sesama kami sangat rapat. Setiap kali Tok Sheikh menerangkan sesuatu menggunakan bahasa Arab, sudah pasti ada yang akan memberi penjelasan dalam bahasa Inggeris.

Bila ditanya “fahim?” saya pasti menjawab “fahim…” walaupun saya tidak pernah dapat menangkap apa yang diucapkan oleh Tok Sheikh.

Teknik belajar quran sangat konvensional. Alif Fatahah A, Alif Kasrah I, Alif dohmah U.  A… I…. U. Apalah bendanya….. Ooooo Alif atas A, Alif bawah i, Alif atas depan U.

Sekali-sekali Tok Sheikh balik kepada perkara asas.

Hari ini kami bertanya, “Tok Sheikh ada berapa anak?”

Beliau termenung sejenak berfikir. “18 tetapi 4 sudah meninggal”. Anak-anak yang meninggal dikebumikan di perkuburan Baqi’. Allahu Akbar.

Salah seorang anaknya juga seorang hafiz merupakan guru Amirul yang mengajar pada tiang yang lain. Lalu saya memberanikan diri bertanya,

“Anta saujah, wahid, Istnin?,” soalan bahasa Arab yang pecah!

Beliau ketawa….. “Isthnin”.

Kini beliau sudah tua dan pelupa. Peliknya, ayat-ayat quran masih diingati dengan jelas.

Saya mencatat sedikit kenangan yang sangat signifikan dalam hidup. Pengalaman belajar Quran di Haram!

27 Responses to “Lagu”

  1. supiahabu says:

    Assalamualaikum Prof

    Saya membayangkan kebahagiaan hidup Prof di bumi anbiak.Kemesraan jelas terpancar di wajah sahabat prof. Saya nak konsi prof,,masa saya belajar arab dulu kita sebut “Kam zaujaka”-maksudnya berapa isteri tuan ada. Harap prof betulkan saya jika tersilap.syukran jaziilan.

  2. Yam says:

    Alif “depan” u…

  3. Azmi Abdul Latiff says:

    Prof, saya akan mulakan pengajian PhD saya di UIAM pada 26 Jan ini. Mohon Prof mendoakan di Haram agar saya dapat menamatkan pengajian dalam lingkungan masa 3 tahun yang diberikan.

  4. almahdi says:

    Salam, tolong doakan saya Prof….dah setahun buat PhD…

  5. (,'') Fauziah says:

    Salam Prof.

    Alhamdulillah! Cita-cita yang sungguh murni. Semoga ALLAH SWT memakbulkannya. Amin! (,”)

  6. jay says:

    As salam Prof.. lagu kesukaan Sofea juga adalah kesukaan saya, malah saya tak akan pernah jemu mendengar Imam Kuwait ini mendendangkan lagu-lagunya kadang kala menitis air mata .. seorang lagi fahd al kanderi mendengar alunan fatihahnya & faham maknanya .. Subhanallah, Maha Suci Allah. Biasanya saya dengar mereka membaca dan saya menyemak terjemahannya ..

  7. Zaikhan abdul rahim says:

    Salam, smoga prof sihat walafiat.
    Alhamdulillah, (wpun agak terlewat) saya baru selesai membaca buku travelog haji- satu penulisan yg amat baik secara santai & menyentuh perasaan saya bila membacanya. Linangan air mata ini membangkitkan semangat dan menguatkan keinginan utk mengerjakan haji dgn segera.

    Mohon didoakan smoga Allah menyempurnakan hajat ini dan saya ditanahair mendoakan yg terbaik utk prof skrga di sana.
    Wassalam
    - pembaca buku travellog haji-

  8. Assalamualaikum,semoga prof sihat walafiat disana.Saye suka apa yang prof post dan ceritakan pengalaman dan aktiviti prof disana.saye harap prof teruskanlah berceita pengalaman dan aktiviti prof disana insyaallah

  9. kaknor siah says:

    Assalamualaikum Prof sekeluarga , moga sentiasa dirahmati Allah.

    InsyaAllah puteri cilik Prof akan cepat mjadi hafizah kr hobinya itu.
    Foto Prof bersama Pak Shiekh dan kawan2 menzahirkan wajah Prof yg berseri2 menandakan kegembiraan Prof menjalani hidup di sana.
    Barakallah hu fik

  10. Chegu Riduan says:

    Alif Fatahah A, Alif Kasrah I, Alif dohmah U. dulu masa saya kecil kami belajar cara ini.. kebanyakkan orang utara. Moga apa yang dipelajari mendekatkan kita dengan Yang Maha Esa. InsyaALLAH

  11. abu muhammad says:

    Subhanallah. maha suci Allah. moga sofea akan menjadi seorang yang hafizah. Amin. Menitik air mata saya mendengar bacaan surah Dhuha ni.

  12. abu muhammad says:

    maaf surah as syams

  13. an-nur says:

    subnaAllah,syeikh Misyari..imam kuwait yg mmg sgt menyentuh jiwa bacaannya..

  14. nurazzah8 says:

    Assalamualaikum Prof sekeluarga , moga sentiasa dirahmati Allah.

    MasyaAllah..saya doakan juga agar puteri cilik Prof ini akan menjadi seorang hafizah ..amin..

    Nurazzah8

  15. Aneeqa says:

    Assalam prof, puan Raudzah dan anak anak,

    Teruskan berkongsi activiti dan pengalaman prof dan keluarga dengan kita semua. Ianya memang di nanti nati kan.

    Terima kasih dan semuga prof dan keluarga dan semua warga KRTS dalam rahmat Allah.

    Jazakaullah

  16. kak gee says:

    Assalamualaikum Prof Saya doakan Sofea akan menjadi Hafizah.rasa saya dan sedih gak….

    saya bercita -cita dan telah menghantar anak lelaki dan perempuan ke sekolah tahfiz di malaysia ini alllah masih belum mengizinkan anak lelaki saya setengah jalan dah nak nak bawa.

    anak perempuan saya hampir 8 juzuk tapi tahun ni rest utk spm dulu sama sama doakankan agae anak saya nur aaina amirah kamarulzaman masih allah pilih untuk menjadi hafizah pada satu hari nanti inilah cita -cita saya dan pengorbanan yang saya lakukan utk anak saya…..

    saya terlalu rindukan bumi anbiak….saya sentiasa berdoa agar satu hari nanti saya juga nak dududk di sana…..2 tahun saya kesana mengerjakan umrah berturut-turut….really setiap tulisan prof dan roza di sana sapat saya bayangkan dengan jelas…..

    terima kasih travelog haji prof bermula dari situlah allah telah membuka hati saya dan suami serta kelurga adik beradik kami di jemput allah untuk umrah pada tahun 2008 dan 2009 berturut turut……

    setiap coretan prof dan roza dpt kami bayangkan dan benar benar menguja kesungguhan untuk kesana lagi doakan agar kami di jemput ke Hajj tahun ini muga allah merahmati keluarga prof dan kak gee amin

  17. mazlina says:

    Assalamu’alaikum Prof.

    MasyaALlah! Bila jiwa sentiasa terisi dengan ayat-ayat Ilahi, pasti kita menjadi seorang yang menolak selainNya. Apatah lagi bagi kanak2 yang suci bersih. Sudah tentu kita yang ‘dewasa’ boleh belajar dan praktikkan.

    Wassalam

  18. Anonymous says:

    prof :) ))) suka tengok gambar tok sheik dgn murid2 ‘emasnya’ jika prof tidak keberatan sampaikan salam saya pada tok sheikh.

    NokaMKI: :D bagaimana mahu memberitahu…. nama yang indah mengirim salam…

  19. assaabiquun says:

    salam sofea anakku,

    waktu umi klik,idola sofea sedang berlawan dengan besan umi (gurauan jiran2 pada deena) kerana saya baru selesai buat playlist ayat 21 ar-rum. ia sedang berkumandang serentak dengan idola sofea,syeikh misyari alafasy.

    ayat 21 untuk dibaca di garam,hembus.boleh di isi dalam masakan,agar kasih sayang keluarga terjalin.

  20. mumumimi says:

    Salam Sejahtera Prof,

    Al-Quran merupakan mukjizat yang sangat istimewa dan mempunyai fadzilat yang sangat banyak. Melalui pembacaan Al-Quran juga, dapat menguatkan ingatan pembacanya. Jarang kita lihat orang yang sering membaca Al-Quran mengalami penyakit nyanyok.

    Mudah-mudahan Sofea adalah seorang hafizah dalam pembikinan.

  21. yatie says:

    mohon maaf banyak2 prof, dah lama tak reply di blog, lupa letak nama :) )

  22. Firdaus says:

    Salam Prof, Salam semua,

    Saya bersetuju dengan Zaikhan abdul rahim – air mata saya juga bergenang ketika membaca buku Travelog Haji. Sungguh mengesankan untuk insan seperti saya: jahil ilmu, cetek amalam! – Usia melewati40, baru kenal sembahyang duha, taubat dan tahajjud!

  23. KMY says:

    Assalamualaikum wbt Prof. MKI,

    Subhanallah…mendayu2 suara ‘penyanyi’ idola anakanda Sofea…walau tak faham makna, hati pasti tersentuh & mengalir air mata apabila dihayati sepenuhnya.

    Bila buka Quran Explorer, mesti suara Syeikh Misyari Rashid yang akan kita dengar dulu kalau x ditukar ‘default’nya.

    Semoga anakanda Sofea berjaya menjadi hafizah kebanggaan ayahanda & bonda, InsyaAllah…

  24. Shida says:

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Prof,Kak Roza & Keluarga & Semua Pembaca KRTS..

    Nampaknya saya dan Sofea meminati ‘Penyanyi’ yang sama. Malah setiap kali mendengar “nyanyiannya” berserta menyemak dan memahami “lirik” dalam bahasa malaysia, ia benar2 meruntun hati.

  25. Nur says:

    Tahniah, Prof. sekeluarga..Dapat belajar Al-Quran dengan orang Arab…semoga dapat dikongsikan bersama ilmu yang dipelajari.

  26. Kak Chik says:

    Subhanallah..indahnya kehidupan Prof & keluarga di sna…moga Prof & keluarga sentiasa dlm Rahmat Allah..doakan saya Prof …satu hari nnt dapat menjejak kaki ke sana sebagai tetamuNya..=)

  27. Asia says:

    saya pun menghafal surah ini ikut lagu mishary. lebih mudah hafal :)

Leave a Reply