Kakak Fatimah

You are like my sister

Fatimah adalah salah seorang guru Sofea dan Amirul di sekolah pagi.

“Ayah, besok birthday kakak Fatimah. Sofea hendak beli hadiah.” begitulah hubungan baik mereka bertiga.

Di sekolah, Sofea dan Amirul diberi layanan istimewa. Mereka mendapat personal tusyen bahasa Arab daripada guru-guru di sini. Hasilnya, Amirul sudah boleh bertutur dalam bahasa Arab dengan agak pantas. Beliaulah yang akan ke hadapan terutamanya ketika berada di kedai.

Jika pemandu lewat sampai, Sofea dan Amirul di bawa pulang oleh Fatimah ke rumahnya. Bila sampai di rumah kedua-duanya sudah kenyang dijamu oleh keluarga Fatimah.

Hakikatnya, saya selalu berasa sebak dengan pelbagai nikmat yang diberi Allah. Ramai orang yang tidak saya kenali berlaku baik dengan kami sekeluarga.

Ia kelihatan kecil tetapi menjadi signifikan bila kita berada di negara asing. Kami mohon keampunanMu ya Allah.

33 Responses to “Kakak Fatimah”

  1. asg says:

    Assalamualaikum …

    Semoga segala urusan dipermudahkan Allah…Aameeen Ya Robbal ‘alamin.

  2. hjh.sumarni & hj.darisul says:

    salam.
    Allah telah berfirman..”manakah nikmatku yg kau dustai”..Muga prof n kluarga mrnghayati segala nikmat Allah dengan penuh tawaduk n kesyukuran kpd Allah…Anaknda spfea n Amirul ..,sampaikan salam kami pd kak Fatimah ya…dgn ucapan “sanah helwa” utk nya..muga Allah rahmati usianya dgn penuh keberkatan….amin…

  3. ros says:

    salam prof, sayang sofea..sayang cikgu fatimah..sayang semuanya…indahnya hdup.syukrullillah

  4. Mahnun says:

    Alhamdulilah.. Allah jua lah yg Maha Segala..

  5. Faridah Ipoh says:

    Assalamualaikum Prof sekeluarga,
    Kian bertambah nikmat yang Allah berikan kepada Prof berkat ilmu yang Prof kongsi bersama. Kami warga KRTS sama sama merasai tempias peningkatan keimanan dan hidayah yang Allah berikan, sekurang-kurangnya tazkirah harian apabila menjenguk blog ini setiap hari sebagai motivasi diri dan diceritakan pula sewaktu sampai pagi di pejabat, dah ada yang tertunggu apa pesanan Prof pagi ini…Barakallah..

  6. Ila Othman says:

    Alhamdulillah Prof, moga prof sekeluarga senantiasa di rahmati Allah….. Alangkah indahnya hidup Prof sekeluarga……

  7. Hamizan says:

    assalamualaikum prof. sofia dia kanak2 apa pun senang masuk dalam kepalanya sebab dia maseh dalam fitrah islam, jiwanya berseh dari segala kekotoran. well done sofia.

  8. Noor Fathilah Yahaya says:

    Assalamualaikum Prof sekeluarga….
    Amin alhamdulilah…seronok membaca kehidupan ringkas Prof…
    sesungguhnya berbuat baik d balas dngn kebaikan …

  9. Noraani animie says:

    kehidupan yg simple tapi bermakna sungguh, pelbagai nikmat yg Allah berikan kpd hambanya didunia..kita hanya diminta perbanyakkan syukur..Mudahan prof dan keluarga sentiasa dlm lindungan ALLAH..

  10. Zaitun Yassin says:

    Alhamdulillah, sama-samalah kita bersyukur dengan nikmat Islam dan nikmat Iman. Semoga segala peringatan dan ilmu yang dikongsi bersama akan memberi manfaat kepada kita semua dan mendapat keredaan dan rahmat allah swt…amin…amin

  11. (,'') Fauziah says:

    Salam Prof.

    Seringkali saya diingati apabila mengikuti tazkirah antara kesyukuran hamba yang sangat dihargai oleh ALLAH SWT ialah apabila dia mendapat nikmat. (,”)

    Menurut guru-guru saya manusia seringkali lupa pada ALLAH SWT apabila mendapat nikmat melainkan sebaliknya. (>”)

    Sedangkan ALLAH SWT menegaskan sesiapa yang bersyukur nescaya DIA akan tambahkan nikmatnya. (,”)

    Saya selalu memperingatkan diri ini tentang perkara ini dan Prof. adalah antara contoh terbaik yang perlu diikuti. (,”) (,”)(,”)

  12. Salam

    Syukur, moga menjadi insan cemerlang.

  13. kak nor asiah says:

    Assalamualaikum Prof sekeluarga dan warga KRTS, moga kita semua sentiasa dlm rahmat Allah.

    Alhamdulillah Amirul telah menguasai bhs Arab. Allah telah memudahkan
    kehidupan Peof sekeluarga , inilah ganjaran dr Allah kr keikhlasan P
    rof mberi tazkirah kpd warga KRTS

  14. hairani ismail says:

    Assalam..

    Prof n Roza ‘berikan kasih’ tanpa mengira darjat dan pangkat..seikhlas hati. ini lah hasil tanaman pepohon ikhlas itu..~buah kasih sayang yang ranum dan manis. Saya tumpang gembira! Ia sungguh terasa di hati.

    Allahurobbi!

  15. SHAMSURIA says:

    Salam Prof,

    mengingatkan saya waktu berada jauh di seberang, ramai yg sudi membantu dan menjadi keluarga angkat saya.. Semoga Allah mem balas segala kebaikan mereka..
    Sekarang saya ingin membalasnya dgn berbuat baik dgn mereka yg jauh dari keluarga…
    Saya percaya jika kita berbaik dgn org, InsyaAllah, anak2 kita nanti akan mendapat balasan yg sama bila mereka pula merantau…

  16. Aneeqa says:

    Assalam prof, puan Raudzah dan anak anak,

    Alhamdulillah! Semuga semua nya di permudahkan Allah.

    Terima kasih prof.

    illal liqo’

  17. habibi says:

    salam Prof sekeluarga.

    Begitulah antara petanda balasan orang yang sentiasa berbuat baik sesama manusia.semuga penagalaman tersebut boleh menjadi renongan dan ikhtibar kita semua.

    Allah hu akbar.

  18. mumumimi says:

    Salam Sejahtera Prof,

    Apabila masing-masing manusia berlaku baik sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT, Dia akan permudahkan perjalanan hidup ini.

  19. supiahabu says:

    Assalamualaikum Prof

    Alhamdulillah………………Amirul dan Sofea bertambah yakin untuk keluar rumah. Mudah untuk berkominikasi dengan sesiapa saja.Kami tumpang gembira.

  20. jariah hamid says:

    insyaallah saya akan berada di madinah pada 20/2 ni…gumbiranya kalau dapat terserempak dgn prof di sana !!!

  21. ummi ani says:

    Salam Prof dan keluarga,

    Masyaallah….tabarakallah….tahniah Amirul kerana sudah pandai berbahasa Arab.

  22. kaknor_btho says:

    Alhamdulillah.. begitu lah janji Allah, bukankah Dia lebih menyayangi hambaNya dari diri hamba itu sendiri..dan bukankah Dia Maha Mendengar dari segala yang mendengar dan semua janji-janjiNya pada hambaNya bukanlah satu dusta… Ammeeen.. Ya Allah permudahkan urusan ku untuk kesana Ya Allah… jadikan juga aku hambaMu yang paling-paling-paling istimewa.. Aminnn.

  23. mama khayra says:

    SALAM PROF..
    saya tak mampu bkata2…semuanya kebahagiaan Allah limpahi..saya tumpang gembira. : )

  24. assaabiquun says:

    salam prof,
    tolong sampaikan pada kak sofea,deena kata teddy bear tu lembut,sama mcm yang amu haitham bagi kat deena tahun 2008 dulu.

    ada kat sofa tu….

  25. nuryahya says:

    salam prof,

    indahnya nikmat allah…syukur atas kurniaannya.
    moga allah permudahkan urusan prof sekeluarga di sana.amin.

  26. Assalaamu’alaikum wr.wb, Prof…

    Alhamndulillah, kebaikan orang itu disebabkan kebaikan kita juga. Semua itu adalah limpah kasih sayang Allah jika kita selalu meletakkan Allah nombor satu di hati kita.

    Subhanallah. Beruntungnya jika kita menjadi pilihan Allah dan diberi perhatian. Mudahan saya dan keluarga juga dapat menikmati kebaikan dan rahmat Allah ini. Aamiin.

    Mohon sampaikan salam saya kepada Fatimah di atas. Senang mengetahui lebih ramai orang yang bernama Fatimah di seluruh dunia kerana ia mengingatkan saya kepada Puteri Rasulullah saw, Fatimah Azzahra (r.ha)

    Semoga Sofea dan Amirul semakin fasih berbahasa Arab. Itulah untungnya belajar bahasa di negara bahasa itu sendiri. Cepat kita faham kerana diamalkan selalu.

    Salam hormat dari Sarikei, Sarawak.

  27. Anonymous says:

    salam,
    Mana Prof ni…

  28. sarah says:

    Salam Prof..
    Apa khabar? dah 2 hari tak update blog? Prof sihat?

  29. nordisham says:

    Salam prof, roza, anak2 dan warga KRTS

    Alhamdulillah, seronok bila kita dan orang sekeliling sama2 membuat kebaikan antara satu sama lain. Semua tu anugerah Allah dan dorongan jiwa yang terdidik dengan akhlak mulia.

  30. anonymous says:

    Assalamualaikum..

    Alhamdulillah..

    semoga prof,keluarga dan warga KRTS berada dalam rahmat Allah SWT..

    Dengar2 nya prof gi ziarah..saya pun tak pasti..mungkin ke Madain Saleh..tempat sejarah..

    insyaAllah kita tunggu berita dari prof nanti..

    massalamah..

  31. ummu kamil says:

    yalah…prof kat mana ni…dah 2 hari kita tunggu…

  32. zalina,sgmt says:

    Salam buat Prof sekeluarga dan khalayak pembaca. Moga sentiasa di bawah rahmat dariNya. Begitulah, Allah akan membalas setiap kebaikan dengan kebaikan yang lain. Sentiasa bersyukur dengan kesucian hati dan kebersihan jiwa yang dianugerahi. Ameen.

  33. mamer says:

    SALAM

Leave a Reply