Al-Ula

Al-Ula bermaksud atas, tinggi... kami berada di puncak bandar.

Dua malam kami berada di Al-Ula, lebih 300 km ke utara Madinah. Ia bandar terhampir dengan Madain Saleh yang dikatakan tempat kaum Thamud yang dibinasakan oleh Allah SWT melalui bunyi satu pekikan.

Namun tempat sebenar di mana kumpulan ini  – Al-Hijr – tetap merupakan satu rahsia yang hanya di ketahui Allah SWT. Masih ada tempat-tempat baru yang ditemui mempunyai kesan peninggalan kaum ini.

Saya membaca satu artikel yang menarik,

The prophet Muhammad (peace be upon him) through his teachings and experiences had taught Muslims to avoid being in such places simply because God’s wrath had fallen on such places.

At the same time during his visits, he also pointed out in those places the lessons that others can learn from such historical places and events.

The Prophet (saws) said, “Do not pass through the dwelling place of those who wronged themselves without crying….”. The crying out of reflection refers to thinking about denying and violating Allah’s message and the punishment that may be caused by it.

Ia bukan kawasan untuk bersuka-suka, bergelak ketawa dan melancong sebagaimana berada di tempat lain. Kami mohon keampunan Allah agar kami tidak termasuk dalam golongan sebagaimana kaum Thamud yang sombong dan angkuh.

Namun kami banyak menghabiskan masa di bandar Al-Ula itu sendiri bagi menyaksikan bagaimana proses tamadun Arab Islam berkembang.

MasyaAllah… kami melihat kebesaran Allah SWT. Mudah-mudahan ia mampu menjadikan kami manusia yang lebih hampir kepadaNya.

16 Responses to “Al-Ula”

  1. supiahabu says:

    Assalamualaikum Prof

    Madain Salleh berkaitan dengan kaumThamud ada dalam surah ALHIJR. Terima kasih prof.Wallahu’alam.

  2. Assalaamu’alaikum wr.wb, Prof…

    Pemandangan al-Ula yang sangat menarik dan indah. Berada di tempat tinggi dan terpencil memberi kita ruang untuk lebih mendekati Allah Yang Maha Pencipta dan menginsafi betapa kerdilnya kita di sisi-Nya.

    Pengalaman Prof sekeluarga di negara orang, banyak memberi inspirasi buat saya untuk merancang sebuah ekspedisi “menjengok dunia” sebelum tibanya masa yang ditentukan oleh Rabbul ‘Izzati.

    Pengajaran yang diperolehi dari kisah kaum Thalmud seharusnya menjadikan kita hamba yang selalu bertaubat dan sedar diri akan kedudukan kita di sisi Allah pada suatu hari kelak.

    Terima kasih Prof atas perkongsian yang bernilai buat mencerahkan minda dan menjernihkan jiwa.

    Salam hormat di penghujung minggu buat Prof. dan keluarga dari saya di Sarikei, Sarawak.

  3. Kak nor asiah says:

    Assalamualaikum Prof sekeluarga,

    Terima kasih Prof di atas perkongsian pengalaman. Alhamdulillah, segala2 yg dilihat dikaitkan dgn kewujudan, kekuasaan dan kebesaran Allah.
    Allah Hu Akhbar, meningkatkan lagi tawaduk kita terhadapNya

  4. musbms welch says:

    allah hu akhbar

  5. Aneeqa says:

    Assalam prof, puan Raudzah dan anak anak,

    Suatu pemandangan yang membuat kita berasa kerdil di sisiNYA. Maha Suci Allah!

    Sama sama kita setiap detik, setiap saat dan setiap masa muhasabah diri.

    Semuga prof dan keluarga juga warga KRTS dalam redha Allah. Amin

    Jazakaullah

  6. Faridah Ipoh says:

    Assalamualaikum Prof sekeluarga, semoga kita semua dalam peliharaan Allah. Saya catatkan mukadimah surah Al Hijr, sebagai pengukuhan kepada gambar yang kita lihat .
    Al Hijr adalah nama sebuah daerah pegunungan yang didiami zaman dahulu oleh kaum Tsamud terletak di pinggir jalan antara Madinah dan Syam (Syria).Nama surat ini diambil dari nama daerah pegunungan itu, berhubung nasib penduduknya yaitu kaum Tsamud diceritakan pada ayat 80 sampai dengan 84, mereka telah dimusnahkan Allah s.w.t., karena mendustakan Nabi Shaleh a.s. dan berpaling dari ayat-ayat Allah.
    Subhanallah.

  7. misa says:

    Salam sejahtera,

    Sudah 2 hari tertunggu-tunggu entri KRTS….
    Terima kasih Prof kerana terus mencatat….

  8. Ahmad Ismail, Chaah, Segamat says:

    salam…

    agreed with misa..rasa pelik bila x de entry baru tuk dua hari ni…muskil duk pikir pe dh jd ye..rupanya di al-ula..

  9. ijah says:

    Salam prof dan keluarga KRTS,

    AllahuAkbar, sy pun tertunggu2 N3 dari prof.Subhanallah..indahnya alam ciptaan Ilahi..

    Syukran jazilan pada semua atas perkongsian ilmu..saya terharu dapat mengenali keluarga ini.Alhamdulillah..

  10. Riduan b. Selimin says:

    Assalamualaikum wbt Prof. Moga prof dan famili dirahmati ALLAH dan dipermudahkan segala urusan. Cukup bermakna walau sekeping gambar… teruslah menguploadkan lebih banyak gambar serta pengajaran darinya. Doakan warga KRTS agar dpt menjejak kaki di bumi anbiya. wassalam

  11. Rozita-Shah Alam says:

    Assalamualaikum Prof seisi keluarga..

    Ye..benar kata teman warga KRTS di atas..ternanti-nanti entri terbaru Prof setiap hari…Alhamdulillah hi Robbil Alameen…penantian yg sgt-sgt berbaloi…perkongsian yg amat bermakna utk kita sama-sama muhasabah diri.. memandang nikmat kebesaran Allah pada kita hambaNya yg tidak pernah terhenti…semoga kita semua sentiasa menjadi hambaNYA yg taat n insaf…SubhanaAllah…

  12. Anonymous says:

    setiap kaum ada nabi berserta mereka….kita umat akhir zaman ada rasul tercinta rasulullah SAW…..satu nikmat allah menjadi umat muhammad SAW dgn segala kelebihan2….umat yg pertama di bangunkan di akherat esok…yg pertama di hisab…yg pertama masuk syurga….bertuah nya ya allah menjadi umat rasul yg mulia rsullullah SAW.

  13. ummu kamil says:

    Salam to Prof and family,

    thank you for sharing with us…Subhanallah…

  14. Salam untuk Prof & keluarga

    agreed with misa dan Ahmad Segamat, Perkongsian bermakna walau hanya sekeping gambar.

  15. mumumimi_1 says:

    Salam Sejahtera Prof,

    Sebelum ujudnya dunia ini sudah ada Kitab Suci AlQuran, apa yang telah tercatat dalamnya pasti akan berlaku.

  16. assaabiquun says:

    salam to all,

    dari atas bukit atau gunung,samada dari gunung lambak,dari piramid giza,dari bukit di spain atau turki,wajah kampung dibawah sana yang berbalam balam walaupun terik mentari 12 tengahari,mengesakan kehebatan Allah

Leave a Reply