Raudhah Madinah

Raudhah selepas Asar

Di sinilah saya menghafal al-Quran setiap petang
Raudhah Segamat
Terima kasih kepada insan yang menghantar photo Ar-Raudhah, Segamat kepada kami di Madinah.
Raudhah Madinah

Raudhah selepas Asar

Di sinilah saya menghafal al-Quran setiap petang
Raudhah Segamat
Terima kasih kepada insan yang menghantar photo Ar-Raudhah, Segamat kepada kami di Madinah.
Allahu Akbar.
Kami tiba di Haram jam 3.35 pagi. Jemaah di kawasan depan masjid hampir penuh. Namun ada di antara celah yang boleh dimasuki. Ramai yang tidak mahu begitu kerana saf belakang masih banyak yang kosong.
Akhirnya saya tergerak untuk solat di belakang pentas tempat para sahabat mendengar wahyu yang disampaikan oleh Baginda SAW. Solat subuh, takbir dan khutbah solat hari raya. Ia pengalaman pertama di bumi Madinah.
Usai khutbah, semua jemaah bergegas keluar masjid. Saya terus solat dhuha. Alih-alih semua kawasan sudah dipagari dengan dinding sementara. Saya terpandang Raudhah yang kosong. Lapang selapangnya!
Subhanallah. Dapatlah saya solat dan berdoa di sini sehinggalah diminta keluar oleh askar yang menjaga kawasan ini.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Serangan Yanbo dan kawasan sekitar
Chef Travelog Masakan panik.
Nasi baru sahaja masak. Ayam bakar juga masih dipanaskan. Nasi himpit tidak jadi (he… he…). Tiba-tiba ding… dong!
Lebih 30 orang datang serentak mewakili 8 – 9 keluarga dari Yanbo, 2 jam perjalanan dari sini. Mereka sudah berada di Madinah 3-4 hari, semata-mata ingin beramal ibadat di Masjid Nabawi.
Menu hari ini: Nasi Minyak, Ayam Bakar Berempah, Roti dicicah Kuah Kacang Badam (ganti nasi himpit dan kuah kacang), karamel, seri muka pistachio dan jagung, Baklawa, gula-gula dan pelbagai jus minuman.
Alhamdulillah semuanya OK.
Papan tanda dipasang lewat petang semalam. Ia hasil sumbangan hamba Allah yang diberi nikmat “teramat banyak” di luar dari jangkauan pemikirannya.
“Ya Allah, Kau permudahkanlan kehidupan Tuan Haji ini di dunia dan akhirat. Temukanlah kami, beliau, keluarga beliau dan seluruh khalayak KRTS di syurga Firdaus tanpa dihisab ya Allah. Temukanlah kami dengan rahmatMu ya Allah”.
Asalnya, bajet setakat papan tanda di rumah, kini ada enam papan tanda lain yang menunjuk arah ke arah rumah ini agar tiada yang sesat. Kos keseluruhannya RM750. Alhamdulillah, saya sudah menerima sumbangan tersebut lama sebelum papan tanda ini siap terpaku di sini.
Ia kelihatan kecil tetapi memastikan sumbangan orang dilaksanakan adalah – rasanya – sangat berat tanggungjawabnya. Alhamdulillah, saya lega!
JEMPUTAN MAJLIS KESYUKURAN
Jika ada yang berkesempatan, jemputlah ke majlis kesyukuran perkahwinan adinda saya, Azlina Ibrahim (disebut adik Na melalui Travelog Haji) pada hari Raya Kedua di Jalan Batu Tumboh, Alor Lintang, Besut, Terengganu. Dari Masjid Alor Lintang – melalui Jalan Batu Tumboh – lebih kurang 1.5 KM.
Kalau nampak orang ramai, singgah dan perkenalkan diri kepada ahli keluarga, sebut kod rahsia “sahabat Muhd Kamil Ibrahim”. InsyaAllah, saya akan persilakan menikmati jamuan.
Malam tadi kami telah membuat keputusan yang sangat signifikan. Kami menyerahkan Ar-Raudhah untuk dijadikan rumah PERKIM Segamat. Ia keputusan Roza yang tidak terlalu sukar. Malah ia sangat-sangat menggembirakan.
Rumah PERKIM ini akan digunakan sebagai pejabat kecil mereka, ruang tamu akan digunakan sebagai tempat mengajar al-Quran dan kuliah agama untuk para Muaalaf di sekitar daerah Segamat terutamanya yang telah mendaftar dengan kami.
Malah majlis-majlis ilmu anjuran PERKIM – InsyaAllah – akan turut diadakan di sini. Perpustakaan yang sedia terbina dengan beratus-ratus buku dan kitab sesuai menjadi ruang rujukan.
“Gunalah selagi kami berada di Arab Saudi. Itulah keputusan kami setakat ini. Apa yang kami minta mudah sahaja, tolong bayar cukai pintu dan cukai tanah yang berjumlah RM500/setahun (nota: ada sesiapa yang mahu menyumbang kepada PERKIM Segamat?). Dan jaga halaman rumah”.
Semalam juga saya telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PERKIM Segamat. Seronoknya saya kerana dapat “meletakkan jawatan” sambil menyerahkan cek derma bernilai RM5000.
“He… he… (saya ketawa), ini bukan duit saya. Ada seorang hambaAllah berjumpa dengan saya dan berkata, “baru ini saya dapat duit lebih sedikit, saya hendak menyumbang kepada PERKIM Segamat”, jadi saya hanya tukang sampai sahaja”.
Semalam, saya menjeling cek tersebut, “Ya Allah RM5000, agaknya berapa banyak duit terlebih tersebut,” hati saya berbisik. Orang KL menyumbang kepada daerah Segamat. Alhamdulillah.
Satu ketika nanti kami akan berada jauh daripada PERKIM Segamat. Namun saya berharap Ar-Raudhah menjadi penyambung usaha-usaha dakwah kami berdua di bumi Segamat, InsyaAllah.
Ceramah di Masjid Apal, Besut
Hujung minggu nanti, kami sekeluarga akan berada di Besut, meraikan majlis menyambut menantu Kak Yah dan Abang Jali.
Petang semalam saya mendapat e-mel daripada Kak Ma (kakak no 3) yang berbunyi, “Salam. Ceramah 10 Jun, Jumaat malam Sabtu, lepas Isya, Masjid Apal“.
InsyaAllah, saya akan hadir.
Apakah yang membezakan antara manusia berbanding haiwan?
Manusia diberi akal dan fikiran. Jika manusia memanfaat akal dan fikirannya dengan betul, maka mereka akan memperolehi ilmu. Saya menulis buku “PhD kecil tapi Signifikan” berdasarkan premis yang kejayaan boleh dicapai dengan menggunakan strategi yang betul. Ia berdasarkan ilmu.
Saya terkhilaf. Ilmu adalah milik Allah. Itulah asas penting yang membolehkan manusia mengakui kekuasaan Allah. Penciptaan Nabi Adam merupakan kisah yang membenarkan kenyataan ini. Ketika para malaikat bertanya kepada Allah, “Kenapa Adam dan tidak kami,” Allah bertanya beberapa nama yang tidak diketahui oleh mereka. Bila ditanya kepada Adam, baginda dapat menjawab dengan mudah sekali.
Kenapa? Allah telah mengajar nama-nama tersebut terlebih dahulu kepada baginda.

Sarang burung pipit
Haiwan tidak berakal?
Seekor burung pipit membuat sarang di celah-celah rimbunan pohon dedaun di laman rumah. Amirul dan Sofea menyedari kehadiran sarang burung tersebut dan selalu berkata, “ayah, ada sarang burung….”
Ia sarang yang kecil, comel dan sangat tersusun corak buatannya. Burung sekecil itu boleh membina sarang, pintar pula mencari tempat yang terlindung dan ia pula dapat disiapkan tanpa kami sedari. Berapa lama agaknya sang pipit itu bekerja?
Akhirnya, lahirlah dua anak pipit di kawasan rumah kami. Inilah kampung mereka, Ar-raudhah.
Haiwan tidak berakal tetapi Allah memberikan ilham kepada mereka. Benar, alam dan segala kejadian di dalamnya adalah bukti-bukti kekuasaan Allah bagi mereka yang mahu berfikir.
Tundukkah kita?