Hubungi Saya
Saya, Muhd Kamil Ibrahim. Pensyarah Perakaunan di Taibah University, Madinah. Hubungi saya melalui +966502127721. Juga, boleh menghubungi saya melalui mki@muhdkamil.org dan maklumat lain akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Alamat surat menyurat: College of Business (Accounting Dept), P.0 Box 344, Taibah University, Al-Madina Al Munawarah, Kingdom of Saudi Arabia.
Saya penulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok, PhD Kecil tapi Signifikan dan 50 Tip Motivasi Haji.
Isteri saya, Raudzah Roslan telah melahirkan empat cahaya mata, Sara, Azrai, Amirul dan Sofea.
Saya sering dijemput untuk memberi ceramah berkisar kepada apa yang saya tulis. Tiada bayaran untuk ceramah. Jika saya berkelapangan – terutamanya pada hujung minggu – akan saya hadir, dengan izin Allah.
Saya biasanya – InyaAllah – akan berada di Malaysia pada bulan Jun dan Julai. Hububngi saya melalui 019-3154444.
Syaratnya satu, jangan kenakan sebarang bayaran kepada sesiapa yang ingin menghadiri ceramah tersebut!
Topik yang menjadi kesukaan saya:
1. Mengubah Sempadan Iman
2. Travelog Dakwah
3. 50 Tips Motivasi Haji
4. Kehidupan selepas Kematian
5. Pelajar Cemerlang
6. Menghadapi Ujian