Apa kata mereka ll

Saripah binti Ahmad
(Surirumah, Subang Jaya)

Jika terserempak dengan buku bertajuk Bukan Sekadar Resepi, tentu ramai yang teruja! Lazimnya buku resepi tidak dibaca. Ia lebih merupakan buku rujukan di dapur.

Bukan Sekadar Resepi adalah inovasi penulisan dalam hidangan resepi. Ia adalah rangkuman kehalusan pendidikan, budaya dan hidangan berkhasiat yang menyelerakan. Pengkisahan betapa kasih seorang ibu, yang rata-rata lokasinya di dapur mengimbau kenangan lalu. Banyak kisah serupa dilalui. Dan sentuhan halus itu membuatkan saya menjadi sebak!

Subhanallah! Dari perspektif yang lain, ia sebenarnya merupakan kaedah dakwah santai yang mudah tetapi berbekas. Kesannya mendalam sehingga mencabar hati dan perasaan. 

Air tangan masakan ibu terus mengalirkan kasih dan sayang keluarga. Tidak ternilai nikmatnya. Itulah nikmat Allah yang perlu terus dicari dan disyukuri. Nikmat tersebutlah yang berjaya digabungjalin dan diserasikan bersama setiap menu.

Tahniah kepada Puan Roza Roslan yang telah berjaya menjadikan elemen itu sebagai menu utama di dalam Bukan Sekadar Resepi. Modal budaya itu diharapkan akan dapat mengetuk kebanyakan hati-hati ibu, khususnya yang berkerjaya. Pembinaan akhlak sesebuah keluarga bermula di dapur!

Justeru itu, tidak keterlaluan jika saya sarankan buku Bukan Sekadar Resepi dijadikan bahan bacaan keluarga. Kehadirannya bukan sekadar pembuka selera. Ia salah satu kaedah mendidik jiwa. Semoga segala bentuk ilmu yang dikongsikan menjadi ilmu yang bermanfaat, insyaAllah.

Dan terima kasih di atas nikmat dan peluang yang diberikan kepada saya.

Junita Musliha Ibrahim
(Pewaris Jemput-Jemput Ikan dan Nasi Dagang Wan Fatimah)

Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membaca manuskrip buku Bukan Sekadar Resepi. Ia satu penghormatan yang benar-benar terasa di hati. Malah peluang mengenali penulis secara peribadi memberi kesempatan yang cukup bermakna dan berharga ketika membaca dan mengulas buku ini.

Resepi-resepi yang ditulis membuatkan saya sendiri turut terkenang nostalgia bersama orang yang disayangi – ibu sendiri – yang telah membesarkan kami sekeluarga dengan penuh kasih-sayang terutamanya melalui masakan yang sangat luar biasa.

Meskipun beliau telah tiada, namun aroma keenakan dan keharuman masakannya membuatkan saya merinduinya sehingga kini. Tentulah resepi Jemput-Jemput Ikan dan Nasi Dagang begitu menggamit memori apabila membaca dan menghayatinya.

Gaya penulisan yang bersahaja membawa kita meneroka dan menyelongkar kehidupan melalui resepi secara lebih hampir dan ia tidak berlalu begitu sahaja. Ia menjadi ilmu yang bermanfaat. Malah – jika diperhalusi – setiap resepi yang dikongsi ada rahsia dan cerita tersendiri. Malah ia menjadi lebih bermakna kerana ia dikaitkan dengan kebesaran Allah SWT.

Kehebatan buku ini saya temui apabila penulis dengan tulusnya menghadiahkan penghormatan dan penghargaan pada mereka yang telah mencurahkan ilmu resepi tersebut.

Alangkah bahagianya kesemua insan tersebut lantaran ianya dibukukan dan mampu pula memberi manfaat kepada ramai individu lain di luar sana. Ia tidak lagi menjadi koleksi peribadi.

Nilainya tidak akan berkesudahan.

Saya tahu yang Bukan Sekadar Resepi bukan mengutamakan resepi atau masakan yang terhidang di meja makan. Namun ia turut memberi ilham kepada mereka yang kesuntukkan idea untuk menyediakan makanan istimewa buat mereka yang tersayang.

Benar, ia bukan sekadar resepi. Selamat membaca dan mencuba!

About rozaroslan

Living in Madinah
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

10 Responses to Apa kata mereka ll

  1. hzm says:

    Salam Sejahtera Pn Roza,

    Sudah membaca beberapa bab dari buku di RKDJO. Teruja dengan “Apa kata mereka” pun sudah. Yang belum sudah lagi adalah buku tidak dimiliki lagi…………..

  2. Assalamu’alikum Puan Roza,
    semoga dirahmati Allah, sentiasa.

    Rasa amat terharu dan berterima kasih di atas peluang untuk membaca manuskrip BSR, dan mencatatkan pandangan mata hati saya, Alhamdulillah.

    Minat ke dapur, lebih didorong di atas status saya sebagai anak sulong – yang kadang kala ‘menggalas tugasan ibu’ dalam keluarga besar kami (10 beradik) – pasti dapat merasakan keindahan dalam karenah mereka – bedzanya saya membantu melayani 7 adik-adik lelaki! Itulah indahnya kehidupan di zaman kanak-kanak.

    Salam daripada kami…
    Saripah @Subang Jaya

  3. Rosmawati says:

    Assalamualaikum Pn Roza,

    Saya pembaca setia blog Puan dan suami dan juga pembaca setia buku2 kalian berdua. Semuanya saya beli di MPH. Tak sabar rasanya nak baca buku Pn Roza ini. Saya berharap akan menjadi antara mereka yg terawal memiliki buku itu nanti.

  4. Lina says:

    salam puan roza,

    Allah hu Allah sgt teruja…lina pun dh pun mencuba recipe jemput2 ikan…makan dgn penuh rasa kesyukuran…bertambah2 nikmatnya. Subanallah.

  5. kak nor asiah says:

    assalammualaikum Pn Roza,
    Menurut hzm beliau tlh mbaca bbrapa bab buku tu dr RKDJO, adakah kak ketinggalan sedangkn setiap hari kak singgah d sini utk mlihat entry terbaru Pn Roza. Wbpun kak setia mnunggu BSR di pasaran

  6. rozaroslan says:

    Salam sejahtera kak nor asiah,

    Pandai hzm buat hati orang lain berbunga-bunga..

  7. Assalammualaikum Adik

    Kakak rasa terharu dan rasa teruja membaca apa kata mereka…Bahasa mereka indah-indah dan penuh makna. Tahniah kepada yg terpilih!

  8. supiahabu says:

    Saya setuju dengan Juhariah,pilihan pn roza yang kena pada orangnya.membuatkan kita teruja dan tak sabar menanti ketibaan BSR.Tahniah kepada semua.

  9. MamaDin says:

    Assalamualikum Pn Roza serta Prof sekeluarga;

    Saya betul2 teruja untuk memiliki buku ini..sebenarnya bukan gemar memasak sangat, tetapi intipati yg nak disampaikan kepada pembaca menyebabkan saya teruja utk memiliki lebih dari sebuah naskhah supaya dapat dijadikan hadiah kepada saudara dan teman…

  10. Nisa Asyifaa says:

    Assalammualaikum wm. wbt.

    Kak,

    Didoakan agar akak, Prof, Amirul dan Sofia sentiasa dlam lindungan Allah….setiap pagi selepas check email blog Prof dan akak menjadi santapan minda…seperti ada yg tidak lengkap jika tak baca kedua-duanya…terasa akak sentiasa dekat disisi bila membaca coretan tersebut….Alhamdulillah dan tahniah kerana akak akan kembali kedunia pendidikan….Doakan dan sebutlah nama kami sekeluarga selalu agar cepat sampai menjadi tetamu Allah..insyallah…..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>