April 20th, 2010

Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu
Jika sudi, tulislah komen di sini atau e-mel kepada travelogcinta@gmail.com. Nanti kami akan uploadkan sebagai satu entri. Baik dan buruk, manis dan pahit akan dicatatkan.
Moga ia memberi manfaat terutamanya buat bakal pembaca.
Posted in Teruja | 11 Comments »
June 8th, 2010
Sayu,lucu,sedih,gembira,bersemangat,malu dan berbagai rasa lagi yang menyentuh hati ketika membaca Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu.
Kematangan seorang remaja yang begitu terserlah dalam menghadapi sesuatu keadaan dan kemampuan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak,kakak,pelajar dan yang utamanya sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini..
Alangkah bagusnya kalau setiap anak remaja di zaman sekarang
terbuka hati membaca buku ini dan memahami nilai murni dan pengajaran yang tersirat di dalam setiap kisah yang dipaparkan..
Sebaiknya kisah Kak Roza ini dijadikan drama bersiri di TV.. pasti bermanfaat.. paling saya minat ialah Mak Wa…insan yang penuh makna tutur bicaranya..
Apapun, yang sangat saya kagumi ialah kekuatan daya ingatan Kak Roza yang berupaya mengingati sesuatu yang dilalui berpuluh tahun yang lalu dengan terperinci,termasuk bait-bait kata yang di ucap mahupun warna baju dan sebagainya yang membuktikan bahawa kak Roza benar-benar menghayati setiap detik yang dilaluinya.. ya sesuatu yang saya pelajari kini..melihat sesuatu dengan mata hati..
Posted in Uncategorized | No Comments »
June 8th, 2010
Assalamualaikum Puan Roza,
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana menjadi salah seorang insan di belakang tabir penerbitan TCA. Sepanjang menyunting manuskrip Puan, jiwa dan hati saya juga bercampur-baur dengan pelbagai perasaan. Tulisan yang ditulis dari hati sememangnya akan sampai ke hati.
Ketika menyunting, ada masa saya tersenyum, ketawa, mengalirkan air mata dan berhenti seketika untuk berfikir dan mengenang memori sendiri. Sememangnya saya ‘enjoy’ semasa melakukan tugas itu, alhamdulilah.
Ketika majlis di Muzium Negeri Shah Alam bulan lepas, saya juga antara insan-insan yang tersentuh hati semasa mendengar penyampaian Puan. Sebenarnya saya ada menjenguk bilik VIP di muzium untuk bertemu Puan. Namun, apabila saya terlihat Puan sedang membaca surah di dalam Majmu’ Syarif semasa menunggu sesi Puan tengah hari itu, saya membatalkan niat.
Saya belajar daripada pegangan Puan, jiwa yang kental hanya akan dapat hadir dalam diri individu apabila kita bergantung cinta dan harap serta dekat dengan Allah. Manusia tidak mampu memberikan cinta 100% walaupun orang terdekat kita sendiri.
Terima kasih, Puan Roza. Semoga terus sukses. Semoga kita masih dapat bekerjasama dan berukhuwah.
Posted in Uncategorized | No Comments »
May 10th, 2010
Alhamdulillah dalam tempoh 2 malam sahaja TCA telah habis dibaca… terus membacanya sebaik sahaja diterima..teruja dengan kulitnya yang cantik dan tulisannya yang besar. Dah agak lama juga saya bercadang untuk menulis komen..tapi tak berkesempatan.
Buku TCA telah menyebabkan air mata ini turut sama mengalir tanpa ditahan-tahan tiap kali catatan Puan Roza menyentuh perasaan..dan tersenyum pabila ada peristiwa lucu yang dialami. Catatan pegalaman Puan Roza membuatkan saya cuba mengimbau kembali kisah silam diri sendiri.. kenangan bersama ibu dan ayah yang telah lama pergi… zaman persekolahan….
Antara banyak-banyak cerita tu, catatan berkaitan drama Ratapan Ibu Tiri amat terkesan di hati ini. Terima kasih Puan Roza kerana memberi pandangan positif tentang peranan seorang Ibu Tiri.. Cerita tentang ibu tiri yang kejam sering dipaparkan di TV, Movie menggambarkan yang ibu tiri itu begitu sikapnya..garang, bengis, tamak dan sebagainya.. sering menyentuh hati ini kerana bukan semua ibu tiri begitu…kerana saya tidak begitu..
Tak ada sebab untuk saya bersikap begitu kerana anak dan cucu adalah amanah Allah. Saya jadikan dua orang ibu saudara yang menjaga begitu baik anak-anak tirinya sebagai contoh di samping berdoa kepada Allah agar sentiasa melimpahkan rasa kasih dan sayang antara kami… Saya doakan Puan Roza terus berkarya dan tak sabar rasanya menunggu buku kedua..
Posted in Pembaca | No Comments »
May 7th, 2010
Travelog Cinta Abadi : Masa yang Berlalu ini merupakan antara naskhah yang dapat saya khatamkan dalam sela waktu yang singkat. Bahasanya mudah meskipun ia cerita biasa-biasa berkenaan perjalanan hidup penulisnya Raudzah Roslan sehingga ke universiti. Cerita biasa-biasa bagi yang mengalaminya, tetapi mungkin pengalaman berharga yang tidak dilalui oleh orang lain.
Sepanjang pembacaan, tidak dapat tidak saya akan membandingkan dengan pengalaman hidup saya. Saya tidak melalui zaman yang dilalui oleh penulis. Saya adalah anak daripada generasi yang celiknya sudah diterangi lampu daripada janaan kuasa elektrik. Meskipun ketika itu lampu bermentol bulat yang menguasai sebelum masuknya lampu kalimantang yang jauh lebih terang. Generasi yang sudah diperkenalkan dengan televisyen dan peralatan elektrik lain. Generasi yang membesar dengan Gaban dan hero-hero ciptaan Jepang.
Penulis merakamkan pelbagai aktiviti di zaman kanak-kanak yang jika ditanyakan kepada anak-anak zaman kini, pasti terpinga-pinga mendengarkannya. Siapa tidak lupa jambu bol yang manis, jambu susu yang sangat masam, limau kasturi dan asam boi, memanjat pokok, bermain kahwin-kahwin dan pelbagai aktiviti. Tidak dinafikan anak-anak generasi terdahulu lebih kreatif dalam mencipta pelbagai permainan, tidak terhalang oleh keadaan semasa.
Ayah saya mungkin tidak segarang abah penulis. Malahan ayah saya jarang sekali marah. Seumur hidup, saya hanya pernah melihat ayah marah dua kali. Pertama ketika abang membonceng adik bongsu menaiki basikal dan kaki adik termasuk ke dalam jejari. Kedua ketika abang bercuti ke Langkawi semasa Hari Raya Haji. Selebihnya tanggungjawab memarahi dan menyebat kami diambil alih oleh arwah emak.
Travelog Cinta Abadi : Masa yang Berlalu ini bukan sekadar membawa pembaca mengimbau zaman yang berlalu, tetapi juga membawa pembaca untuk menyelami setiap perkara yang berlaku, mencari hikmah di sebaliknya. Siapa sangka, makhluk halus seperti kutu yang menghisap darah di kepala juga mempunyai kebaikan di sebaliknya. Tuhan tidak menjadikan sesuatu itu tanpa sebab-musababnya.
Tamat membaca buku yang dilatari kulitnya dengan ros merah menyala ini, hati terasa sayu. Sayu mengingatkan pengorbanan emak dan ayah. Apakah jasa-jasa mereka telah terbalas?
Di kaca televisyen serta media rancak mempromosi Hari Ibu. Begitu juga topik perbincangan Ehwal Islam yang bersiaran malam sebelumnya. Berbaktilah kepada kedua orang tua sementara mereka masih hidup dan hadiahkan sebanyak-banyaknya Al-Fatihah dan bacaan Quran buat yang telah tiada. Panjatkan do’a supaya mereka sentiasa berada di bawah keredhaan serta RahmatNya
Posted in Uncategorized | No Comments »
April 30th, 2010
Travelog Cinta Abadi – Tajuknya menggambarkan kisah cinta. Kisah cinta antara dua insan. Namun ternyata tanggapan tersasar jauh sekali. Travelog Cinta Abadi – Tajuknya menggambarkan kisah cinta. Kisah cinta antara dua insan. Namun ternyata tanggapan tersasar jauh sekali. ))))) TCA kulitnya cantikkkkk sangattt222.
Bagaimana cantik kulitnya begitulah cantik isinya. JUDGE THE BOOK BY ITS COVER )))) Tahniah utk pereka grafiknya. (Sifu kena bagi bonus pada pereka grafik yg terlibat ) cerita2 nya sangat22 menghiburkan. Tahniah kerana penulisnya pandai berjenaka melalui tulisannya. Selain itu ia mengembalikan notalgia pembaca yang lahir tahun 60an..lagu2 popular, filem2 popular, artis2 popular yang diceritakan mengundang memori sewaktu zaman remaja. sewaktu membacanya lebih banyak tersenyum dan ketawa. walaupun ada episod yang sedih, ia berjaya diceriakan kembali oleh penulis.
Sangat2 sesuai utk bacaan remaja kini. Bnyak yg boleh dipelajari, misalnya hendak buat cucur ikan bilis, ubi rebus,dan beberapa lauk pauk yg disebutkan dan juga jenis2 ulam dan daun-daun. (Kalau disertakan gambar lagi menarik) + resepi memasak. Yang paling penting remaja boleh belajar bagaimana untuk berdoa untuk dipertemukan jodoh yang sehati dan sejiwa dan juga berdoa untuk menggapai impian.
Kesimpulannya – buku TCA perlu dibaca oleh setiap remaja dan sangat sesuai dijadikan hadiah utk mereka. sebuah buku yang sangat2 menghiburkan dan mampu membuat hati yang sedih dan duka riang kembali. ibu-ibu, bapa-bapa, nenek-nenek, datuk-datuk, guru-guru, pensyarah-pensyarah, motivator-motivator, bos-bos, belilah buku TCA dan hadiahkan kepada anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit, anak murid, para pelajar, peserta-peserta dan anak-anak buah anda. Pasti mereka suka! TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! PUAN ROZA. )))))
Posted in Uncategorized | No Comments »
April 23rd, 2010
Assalamualaikum Prof dan Puan Roza,
Semoga Prof sekeluarga dalam rahmat dan dikurnia barakahNya sentiasa. Saya selesai membaca Travelog Cinta Abadi dalam masa 2 malam sahaja. Ia berjaya membuat mata saya terbuka lebih lama dari malam-malam biasa (kadang-kala saya sudah terlelap seawal selepas isyak).
Di bahagian awal buku, saya lebih banyak berasa sebak, terutama apabila Pn Roza bercerita tentang ayahnya yang garang. Saya sangat tersentuh membaca luahan seorang anak yang sangat mengharap perhatian ayah. Kerana itulah juga apa yang saya rasa, sehingga kini.
Separuh cerita berikutnya, lebih banyak membuatkan saya tersenyum dan tergelak sendiri. Ia kelihatan sebuah kisah biasa, namun cukup untuk membuat saya terimbau kenangan sendiri. Tiba-tiba saya begitu merindui ais krim Malaysia. Saya sangat suka ais krim bubur hijau!
Terlalu ralit membaca sehingga tidak sedar sudah sampai ke helaian terakhir. Saya sangat tidak sabar untuk menunggu kisah berikutnya. Tahniah, dan teruskan menulis Puan!
Wassalam
Tags: Raudzah Roslan, Roza Roslan, Travelog Cinta Abadi
Posted in Uncategorized | No Comments »
April 22nd, 2010
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terima kasih. Saya sudah menerima tempahan saya semalam. Dan semalam juga saya sudah mula membacanya.
Berpindah dari satu bab ke satu bab juga menyebabkan emosi juga berubah. Ada ketika tersenyum (seperti pengalaman sendiri) dan ada ketika air mata mengalir perlahan di pipi kerana bisikan hati yang tidak terucap di dalam buku tersebut. Hebat! Ada ketika pembaca turut tertawa dengan peristiwa lucu dan ada ketika boleh tersendu kerana pilu menyelami hati seorang anak kecil.
Namun satu saja komen saya (entah betul entah tidak), saya rasa peristiwa ini tidak mengikut kronologi (time line) yang menyebabkan saya tertanya-tanya, eh, “ketika ini puan berada di dalam lingkungan umur berapa ya”. Sekadar pandangan 1 sen saya sahaja.
Apa-apa pun, saya sangat teruja dengan buku ini sebagaimana terujanya saya mengikuti penceritaan di blog puan. Keep it up!
Tags: Muhd Kamil Ibrahim, Raudzah Roslan, Roza Roslan, Travelog Cinta Abadi
Posted in Pembaca | 1 Comment »
April 22nd, 2010
Pertama kali melihat cover travelog cinta abadi, hati sudah jatuh cinta.
Tiap-tiap bait, rangkap demi rangkap, helai demi helai, saya dapat merasakan kesemua yang dinukil merupakan kenangan terindah seorang insan bernama Roza. Sebuah memori yang tidak dapat di jual beli. Penulisan yang bersahaja dapat menyentuh sesiapa sahaja yang membacanya dan tidak sukar untuk mengambarkan cerita demi cerita.
Hubungan penulis bersama nenda sangat menyentuh jiwa dan raga dan mampu menggoncang setiap jiwa yang begitu rindukan nenda mereka. Termasuk la saya.
Gaya penulisan yang sangat ‘fresh’ dan tidak terikut-ikut mana-mana gaya penulis terkenal merupakan satu ‘advantage’ kepada penulis.
Cuma di harapkan, penulis dapat menambah vocab bahasa yang lebih banyak kerana gaya bahasa yang di gunakan terlalu ’simple’ dan berulang membuatkan kurang keterujaan.
overall: 9.5/10!
SAYA MENANTI BUAH TANGAN SETERUSNYA!!!
PS; saya menantikan sebuah karya agung percintaan anak tempatan yang pelik seperti trend sekarang seperti twilight… minta Prof/PTS/ PN Roza usahakan…
Tags: Muhd Kamil Ibrahim, Raudzah Roslan, Roza Roslan, Travelog Cinta Abadi
Posted in Pembaca | No Comments »
April 22nd, 2010
Dua hari lalu,saya terasa amat bertuah apabila dihadiahi buku Travelog Cinta Abadi oleh penulisnya sendiri, Puan Raudzah Roslan. Sejak awal promosi buku berkenaan akan terbit, saya telah menempahnya untuk bacaan lebih-lebih lagi teruja dengan kulit buku malar segar kuntuman ros merah yang melunakkan hati.
Membaca buku ini sukar hendak berhenti. Jika tidak terkenangkan ‘assesment pelajar’ dan final exam yang mendatang, rasanya mahu ditamatkan segera. Apabila Shida menatap buku berkenaan, dia juga terleka. Biarkan. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Puan Raudzah yang berjaya memaparkan coretan pengalaman dalam bentuk kisah-kisah pendek bermakna buat pembaca.
Seorang lagi penulis telah lahir hari ini.. Seorang lagi penulis berbakat besar dari ketulusannya membuahkan suatu yang bermanfaat untuk semua. Rasanya tidak rugi kita buat program UPENA dahulu di Muar dengan Nisah Haron, Hj Shafiei dan rakan-rakan lain, yang terbukti menghasilkan penulis seperti ini.
Posted in Pembaca | 2 Comments »
April 20th, 2010
Ada apa dengan kutu?
Ia menggatalkan kepala. Ia menjadikan diri rasa terhina sehina haiwan tersebut. Itulah persepsi saya tentang kutu sebelum membaca Travelog Cinta Abadi: Masa Yang Berlalu, tulisan yang banyak mengubah persepsi saya tentang kehidupan. Kisah kutu yang ditulis mampu melembutkan jiwa untuk membenarkan kata-kata “Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia”. Inilah salah satu kekuatan buku ini.
Buku ini menyimpan pelbagai kisah pengalaman. Pengalaman yang dikongsi pastinya ada panduan dalam menempuh kehidupan. Misalnya, bagaimana hendak memilih antara kejujuran dan menjaga hati kawan, bagaimana memilih antara dua pilihan dan bagaimana bijaknya syaitan memilih masa untuk membisikkan kata-kata hasutan.
Dalam bahasa yang diringkaskan, Travelog Cinta Abadi: Masa Yang Berlalu bukan sekadar menceritakan kisah kehidupan seorang wanita yang menempuh alam kanak-kanak dan alam remaja. Bukan juga sekadar kisah seorang anak perempuan yang mendambakan kasih-sayang seorang bapa. Lebih dari itu, ia satu kisah yang membuktikan bahawa Allah sentiasa mendengar setiap permintaan dan permohonan hamba-Nya dan Dia sentiasa memimpin sesiapa yang mahu dipimpin oleh-Nya.
Posted in Pembaca | No Comments »